Saya lepaskan awak demi kebahagiaan awak sayang!



Masa bersilih ganti untuk aku menunggu pinangan mu. Namun, tiap kali aku bersuara kau dan alasanmu kian mengoyahkan pendirianku, ku sedar matlamatmu adalah jernih. Sedangkan aku,bagai menunggu awan menyembah bumi kali ini, masa semakin suntuk untuk aku mengikat janjimu. Mungkin bukanlah kuasa kita menentukan jodoh ini aku berserah, tawakkal akan ketentuan ini, kenangan cinta kita akan ku tanam jauh-jauh supaya ia tenggelam didalam bara yang menyala. Langit ku junjung meninggi bagai gunung tertinggi setingginya, sumpah setia ku hanya untuk dia yang aku cinta. Usahlah kau menagih kasih yang sudah hancur, pergilah dikau mencari sidia yang sesuai untukmu. Takdir memisahkan kita untuk rahmat yang tersembunyi baik untuk kita berdua. Jika anda menaruh perasaan terhadap seorang lelali dan menjanjikannya sebuah mahligai cinta dan janji, janganlah anda menyeksa si dia dengan lidahmu yang bercabang dengan pelbagai alasan. Seandainya anda sudah kehilangan sidia yang dicintai, janganlah menjadi sial peroboh syurga  yang tercipta, nescaya anda tidak akan tenang ke akhir zaman. Masa sudah pasti mengubat duka dihati, namun jika dendam hanyalah misimu. Biarlah masa dan doa menjadi teman mu.